Sunday, August 15, 2010

kek sarang semut

Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula pasir
  • 4 biji telur
  • 1 cawan air
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 1 1/2 sudu makan butter
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • Sedikit esen ros

Cara-cara

  1. Panaskan gula dan kacau sehingga gula hangus.
  2. Perlahankan api, masukkan air sedikit demi sedikit. AWAS : Perlu berhati-hati sebab takut gula panas terkena tangan.
  3. Masukkan butter. Biarkan mendidih. Kemudian biar ia nya sejuk.
  4. Dalam bekas yg lain, pecahkan telur dan pukul hingga kembang.
  5. Masukkan susu.. diikuti dengan tepung dan soda bikarbonat.. Dipukul hingga sebati.
  6. Kemudian barulah dimasukkan gula yg dihanguskan tadi.
  7. Pukul hingga rata.
  8. Masukkan sedikit aising ros. Kacau.
  9. Perap adunan 3-4 jam (bertutup) supaya kek ni bile masak, nampak berlubang2 cantik.
  10. Kukus selama 1 1/4 jam atau sehingga masak.

Sunday, July 4, 2010

serunding ibu

Bahan-bahan:

150 gm daging lembu, hiris nipis melawan jalur
1 cawan kelapa parut
3 cm halia
1 sudu teh biji ketumbar – bakar tanpa minyak
3 bawang merah
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh udang kering
2 sudu makan asam jawa
Garam secukup rasa
2 sudu makan minyak masak

Cara penyediaan:

1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, biji ketumbar, jintan putih, halia dan udang kering.
2. Panaskan kuali, masukkan minyak. Setelah minyak berasap, masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk hingga naik bau.
3. Masukkan daging dan kacau rata. Jika kuah kering sebelum daging empuk, masukkan air mendidih secukupnya. Masukkan garam secukup rasa.
4. Masak atas api kecil hingga kering dan daging empuk.
5. Masukkan juice asam jawa dan kacau sehingga kering.

Kuah lontong raya

Bahan-Bahan:

20 gm suhun
100 gm fucuk tauhu
3 keping tauhu - dipotong dadu
200 gm tempe - dihiris nipis
80 gm udang kering
1 liter santan
2 batang serai - dititik
1 helai daun kunyit - disimpul
50 gm lobak merah - dihiris jejari
50 gm sengkuang - dihiris jejari
50 gm kacang panjang - dihiris jejari
50 gm kobis / bunga kobis - dipotong kasar
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng dan menumis

Bahan untuk dikisar:
150 gm bawang merah
50 gm bawang putih
80 gm kunyit hidup
50 gm cili kering - direndam dahulu hingga lembut


Cara penyediaan:

Goreng suhun, fucuk tauhu, tauhu dan tempe hingga garing secara berasingan. Ketepikan.

Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan dikisar sehingga naik bau. Masukkan udang kering dan kacau seketika. Masukkan santan, serai, daun kunyit, sayur-sayuran, bahan-bahan yang telah digoreng dan akhir sekali garam dan gula secukup rasa.

Kacau hingga kuah pekat dan mendidih. Angkat. Hidangkan bersama ketupat nasi, telur rebus dan kuah kacang atau rendang.


Kek batik ibu


Bahan-Bahan: [Ingredients]

-1 pack biskut merry
-1 cawan susu pekat manis
-3 sudu besar serbuk koko
-2 cawan milo
-1 biji telur
-250gm butter
Cara Memasak: [Cooking Instruction]

- cairkan butter atas api perlahan
- masukkan susu manis dan gaul atas api perlahan
- masukkan telur dan gaul sebati
- masukkan serbuk koko & milo
- setelah sebati angkat dr api
- masukkan biskut merry yg telah dipatahkan
- susun dlm bekas dan sejukkan

Tips tak nak Merokok





1. Selalu Berpuasa.
Amalan berpuasa dari pandangan islam ialah untuk mengawal nafsu dari melakukan maksiat. Apabila berpuasa, kita tidak dapat merokok sekurang-kurangnya 13 jam iaitu dari subuh hingga ke waktu maghrib. Walaupun masih berpelung untuk merokok pada waktu malam, jika kita selalu berpuasa, kita tidak hanya dapat menghentikan tabiat merokok tetapi kita juga dapat beribadah ke jalan Allah. Amalan ini boleh juga diamalkan oleh mereka yang bukan beragama Islam.

2. Berikan hadiah kepada diri sendiri.
Tetapkan satu habuan yang harus diberikan pada diri sendiri sekiranya tidak merokok untuk jangka waktu tertentu. Gunakan duit yang sepatutnya digunakan untuk membeli rokok itu untuk membeli habuan yang positif untuk diri anda sendiri. Ataupun sedekahkan sahaja duit tersebut. Tentu lumayan pahala yang bakal diperolehi nanti.

3. Luangkan masa terluang bersama anak & orang tersayang.
Seperti juga ibu bapa kita, tentu kita tidak mahu anak-anak kita merokok bila mereka dewasa kelak. Untuk mencapai matlamat ini kita haruslah menjadi contoh yang positif kepada mereka. Selalunya ibu bapa secara otomatik tidak akan merokok di hadapan anak mereka, terutama anak kecil. Tabiat meluangkan masa terluang dengan anak-anak ini secara tidak langsung dapat mengurangkan malah menghentikan tabiat merokok disambil mengeratkan hubungan kekeluargaan.

4. Aktif bersukan.
Individu yang aktif bersukan selalunya menitik beratkan kesihatan tubuh badan dan menghindari tabiat yang boleh merosakkan diri mereka. Pilih aktiviti sukan yang sihat dan lakukan dengan berkumpulan untuk menambah keseronokan dan motivasi diri.

5. Sibukkan diri dengan kerja amal dan sukarela.
Kita selalu lupa dan tidak bersyukur betapa bertuahnya kita mempunyai kesihatan yang baik. Kita seharusnya mengambil iktibar dari mereka yang dijadikan tidak sempurna atau berpenyakit yang merbahaya. Sertai program-program sukarela seperti di hospital dan persatuan kebajikan untuk melupakan tabiat merokok ini sambil mengambil iktibar dan bersyukur dengan kesihatan diri kita.

Mulianya saidina ali

Satu hari Saidina Ali a.s tergesa-gesa untuk menunaikan solat subuh berjemaah bersama-sama Rasulullah. Di tengah perjalanan ke masjid, Saidina Ali a.s bertemu dengan seorang tua bertongkat sedang berjalan dengan sangat perlahan dan ditanganya memegang pelita untuk menerangi jalan yang gelap gelita. Saidi ali mengikut sahaja langkah orang tua itu kerana beliau tidak sanggup memintas orang tua itu sebagai menghormatinya.


Apabila tiba di masjid, saidina ali bergegas masuk ke masjid unutk menunaikan solat subuh berjemaah bersama rasulullah. Ketika beliau memasuki masjid didapati rasulullah sedang rukuk. Rukuk rasulullah pada kali ini sungguh lama, tidak seperti biasa, seolah olah menanti saidina ali untuk turut serta solat berjemaah.


Setelah selesai solat subuh, saidina ali bertanya kepada rasulullah “Ya rasulullah, kenapakah engkau memanjangkan rukuk pada kali ini?, belum pernah engkau lakukan sebelum ini”. Jawab rasulullah,”semasa aku sedang rukuk dan ketika aku hendak iktidal, tiba-tiba datang malaikat jibril dan menekan belakangku. Setelah lama menekan barulah iktidal”. Mendengar jawapan rasulullah, saidina ali menceritakan apa yang berlaku semasa perjalananya ke masjid tadi.


Rupanya Allah telah mengisyaratkan kepada rasulullah supaya menanti saidina ali supaya dapat iut serta solat subuh berjemaah. Ada juga diriwayatkan pada masa itu Allah telah memerintahkan kepada malaikat mika’il supaya menahan kelajuan matahari agar saidina ali dapat solat subuh berjemaah bersama rasulullah kerana sikap saidina ali merendah diri dan menghormati orang tua nasrani itu.

Bbq Ayam

Bahan-Bahan:


bahan untuk dikisar:
5 batang serai
4 inchi halia
10 ulas bawang putih
2 inchi kunyit hidup

bahan A:


1 - 2 cawan gula merah (ditapis supaya tiada pasir/ketulan kasar)

garam secukup rasa 2 ekor ayam dipotong-potong dan dihiris pada bahagian isi supaya ramuan mudah meresap
Cara:


Dalam bekas yang agak besar, gaul ayam dengan semua ramuan. Tutup dengan 'cling film' dan simpan dalam peti ais sekurang-kurangnya 2 jam (paling elok semalaman).
Selepas itu, ayam boleh dipanggang dalam oven suhu 150darjah selama 2 jam atau dipanggang atas bara sehingga masak.